CARIAN PANTAS

Kerepek Raya

Assallamualaikum n selamat sejahtera

Jom beli kerepek raya sementara stok masih ada.Kerepek ubi dan papadem dah sold out.Boleh dapatkan by hand dgn Cik Siti di Kolej Murni Nilai untuk yang lain-lain.Boleh bawa blk kg untuk family....

Minyak Herba



Minyak ini mengandungi ramuan herba terpilih dari hutan tropika dan telah terbukti amat mujarab yang telah digunakan sejak turun-temurun. Minyak Herba yang mengandungi herba Tinospora Crispa (Patawali) ini amat baik digunakan sebagai penawar racun dan disyorkan sebagai persediaan di rumah bagi mengahadapi kemungkinan yang tidak diduga.

Kegunaan :

Terkena minyak panas, air panas dan cuka getah yang pekat.

Sapu keseluruhan kawasan yang terkena itu dan InsyaAllah tidak melecur dan hilang kesakitan.

Termakan makanan beracun.

Campur 1 sudu minyak ini dengan secawan air suam dan minum.

Terkena gigitan atau sengatan binatang berbisa.

Minum seperti no. 2, kemudian ambil kapas dan basahkan dengan minyak ini dan tekap pada tempat yang terkena gigitan atau sengatan itu. Ganti dengan yang baru setiap 2 minit. Ulang 7 kali.

Gastrik.

Minum 1 sudu besar bersama air panas serta disinergikan bersama Herba Tuju Angin.

Kudis, Panau, Kurap dan Gatal-Gatal.

Sapukan pada bahagian yang berkenaan.

Komposisi (50 ml per botol) :

1. Cymbopogon Nardus
2. Myristica Fragrans
3. Euginia Aromatica
4. Tinospora Crispa
5. Melaleucia Leucodendron
6. Aluerites Molucanna
7. Kaempferia Galnga
8. Litsea Kunstleri
9. Cocos Nucifera Oil

Harga :
Semenanjung : RM10
Sabah/Sarawak : RM12.50

Minyak But-but



Minyak But-But mengandungi ramuan lebih dari 100 jenis herba, termasuklah jenis tumbuhan yang kebiasaannya digunakan oleh burung But-But untuk membuat sarangnya.
Kelebihan Minyak But-But adalah seperti berikut:-

Untuk Patah Tulang.

Panaskan minyak dan sapukan pada bahagian yang patah dan terus balutnya dengan kain. Amalkan bersama Radix sebanyak 6 kapsul sehari.

Untuk Buasir.

Sapukan Minyak But-But pada bahagian dubur/anus yang terkeluar. Amalkan bersama Ficus, Pelawas dan Coscinium Plus.

Untuk Darah Tinggi dan Lumpuh atau Stroke.

Panaskan minyak sedikit dan sapukan pada bahagian leher dan bahagian yang terasa kesemutan dan lumpuh.

Untuk Urut.

Minyak ini bersifat sejuk diluar dan didalam ia akan meresap ke lapisan epidermis yang mampu untuk mengubati saraf yang terganggu.

Sengatan Serangga.

Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.

Luka Kecil-Kecil.

Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.

Terkena Air Panas dan Luka Terbakar.

Sapukan minyak ke bahagian yang mengelembung.

Cirit-Birit.

Minum satu sudu kecil bersama air suam.

Kembung Perut.

Panaskan sedikit minyak dan urut perlahan-lahan secara berulang kali di bahagian perut secara memutar. Untuk kanak-kanak gunakan daun sirih dan sapukan minyak pada bahagian perut.

Asma

Kanak-Kanak kecil, minum satu sudu kecil pada waktu malam dan sapukan pada bahagian dada dan selimutkan kanak-kanak tersebut.

Kanak-Kanak Yang Sering Kencing Malam.

Sapukan pada bahagian ari-ari sebelum tidur. Dicadangkan amalkan bersama Madu Asli.

Bayi Sering Menangis Pada Waktu Malam.

Sapukan pada bahagian kening atas pada setiap waktu malam.

Lemah Tenaga Batin.

Lakukan urutan pada bahagian zakar pada setiap hari.

Wanita Menopouse.

Digunakan untuk menghilangkan rasa sakit bersama suami.

Komposisi (75 ml per botol) :

1. Kaempferia Galanga
2. Melaleuca Lecodendron
3. Cocos Nucifera Oil
4. Tinospora Crispa

Harga :
Semenanjung : RM10
Sabah/Sarawak : RM12.50

Bedak Herba untuk Wajah



BEDAK AWANA

Bedak awet wajah ini di dapati di dalam bentuk ‘powder’ dan ianya diadun bersama dengan bedak sejuk dan sejenis tumbuhan Kayu Sepang (Caesaipinia spp) yang dapat menanggalkan kulit-kulit yang mati pada muka.Sel-sel kulit muka akan mati dalam tempoh 1 minggu. Jika lapisan yang mati ini tidak ditanggalkan, kulit muka akan di dapati tidak berseri dan nampak tua. Proses membuang sel-sel mati inilah yang melambatkan ketuaan ini. Bedak ini perlu dicampurkan dengan air dan boleh digunakan seperti penggunaan ‘musk’ pada muka atau seperti bedak sejuk. Bedak Awana ini tidak boleh digunakan oleh mereka yang ada jerawat.

BEDAK DELIMA

Bedak ini merupakan persediaan herba untuk menghilangkan penyakit kulit seperti ruam, gatal-gatal badan, kudis, makan air dan lain-lain. Bedak ini menggunakan herba pegaga (Hydrocotyle Asiatica), Punica Granatum, Oryza Sativa dan Delima (Jasminum Sambac). Bedak Deliam ini perlu dicampurkan denagn air dan disapu pada tempat yang terkena jangkitan kulit. Jika tempat yang terkena jangkitan itu berair, maka penggunaan bedak ini tidak perlu dicampur air. Untuk mendapatkan kesan yang maksima sila ambil bersama Coscinium Plus, Herba Tuju Angin dan Teh Herba sebagai amalan pemakanan harian. Hampas Teh Herba boleh digunakan sebagai sampingan.

BEDAK JASMIN

Bedak ini telah diadunkan dengan tumbuhan ubatan Pokok Tengkuk Biawak (Ficus Calicarpa) dari famili Urticaceae. Bahan aktif dalam tumbuhan ini benar-benar dapat mengecutkan jerawat dan menghilangkannya. Bedak ini perlu dicampurkan bersama air dan digunakan sebagai 'musk' selama 1 jam. Selepas dibilas dengan air suam dan diwapkan, gunakan bedak ini seperti penggunaan bedak sejuk dan biarkan semalaman.Untuk mempercepatkan proses pemulihan amalkan bersama Coscinium Plus, Teh Herba dan Madu Asli.

BEDAK TOMPOK HITAM

Menghilangkan tompok hitam bukanlah satu perkara yang mudah. HPA yang membuat kajian terhadap penyakit ini telah menemukan sejenis tumbuhan yang mujarab iaitu Ubi Gadung. Bedak ini perlu dicampurkan dengan air dan boleh digunakan secara 'musk' atau seperti penggunaan bedak sejuk. Ia perlu diamalkan berterusan sehingga hilang tompok hitam tersebut. Untuk mempercepatkan kesembuhan, sila gunakan bersama Coscinium Plus, Teh Herba, Minyak Pati Sepang dan Bedak Awana.

Komposisi (50 gram per botol) :

Bedak Awana : Kayu Sepang (Caesaipinia spp)
Bedak Delima : Pegaga, Punica Granatum, Oryza Sativa, Delima
Bedak Jasmin : Pokok Tengkuk Biawak (Ficus Calicarpa)
Bedak Tompok Hitam : Ubi Gadung

Harga :
Semenanjung : RM10 per botol
Sabah/Sarawak : RM12.50 per botol

Lady Cheer (Pembersih Khas Wanita)




Rumusan istimewa daripada ekstrak SIREH dan MANJAKANI bertindak membersih bahagian kewanitaan anda secara semulajadi agar lebih segar, harum dan yakin sepanjang hari.

Kelebihan Produk :

1. Merawat keputihan
2. Merawat kegatalan pada bahagian vagina
3. Melancarkan perjalanan haid
4. Penyubur kandungan wanita
5. Mengecut dan merawat kembali vagina

Kelebihan Herba :

Sireh (Piper betel)

1. Merawat keputihan dengan merencatkan perkembangan kulat (Candica Albican) penyebab keputihan.
2. Antiseptik untuk mengubati gatal dan alahan pada kulit serta ruam.
3. Melancarkan perjalanan haid dan penyubur kandungan/rahim wanita.

Manjakani (Croton caudatum)

1. Sebagai elemen perawat dinding vagina.
2. Membuang lendir dan partikal asing pada vagina.
3. Menstabilkan pH vagina.
4. Mengecutkan vagina serta merawat kembali saluran peranakan.
5. Membantu metabolisma dengan mengekalkan Vitamin E pada epidermis.

Serapat (Parameria laevigata)

1. Merawat saluran peranakan dengan mengimbangi pH serta keasidan vagina

Dengan beberapa titis sahaja anda akan merasai perbezaannya. Mulai hari anda sebagai wanita anggun penuh keyakinan!!!

Harga :
Semenanjung : RM18
Sabah/Sarawak : RM21

100 ml setiap botol

Set Bersalin



SET BERSALIN - 8 PRODUK BERMUTU DALAM 1

Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-

1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan
yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.
2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak. 3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.
4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.
5. Menghilangkan sakit batu meriyan.
6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.
7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.
8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

Set bersalin mengandungi:-

Minyak Barut (4 unit).

Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

Minyak Bayi (2 unit).

Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

Teh Herba (1 unit).

Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).

Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

Kapsul Wanita A & B.

Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam. Ubat Basuh (Kegunaan Luar).

Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

Spirulina.

Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

Harga :
Semenanjung : RM85
Sabah/Sarawak : RM95

Bengkung Tradisional Jawa



Bengkung 7 meter

Produk terbaru keluaran HPA yang menjadi alternatif kepada barut berherba.Merupakan Bengkung Tradisional Jawa dengan saiz ukuran pinggang sehingga 40 inci. Ia mempunyai dua tali dikedua belah kiri dan kanan bagi memudahkan pemakaian oleh kaum wanita amnya ibu bersalin khususnya.

Keistimewaan Corset

* Diperbuat daripada kain belacu yang tebal tetapi lembut dan selesa dipakai.
* Pemakaian bengkung membantu menjaga kedudukan organ dalaman wanita semasa
melakukan pergerakan dan aktiviti berat.
* Menjaga postur tubuh, membetulkan tulang belakang,memulihkan pembentukkan pinggul
dan tulang pelvik.
* Sesuai dipakai bila-bila masa.
* Ukur lilit bengkung telah direka untuk ukuran pinggang sehingga 40 inci.
* Menegangkan kembali oto-otot perut.
* Membantu mengawal selera makan.

Kaedah Penggunaan

* Sapukan minyak barut ke bahagian perut,pinggang dan pinggul selepas urutan.
* Bengkung diletak mengelilingi kawasan perut dan diikat dengan kejap bermula dari
bahagian bawah ke atas.
* Dinasihatkan memakai bengkung selama 44 hari sehingga 100 hari.
* Bagi yang menjalani pembedahan, bengkung digunakan hanya setelah sembuh dari kesan
pembedahan.
* Cuci bengkung sebelum digunakan.
* Cara pemakaian bengkung disertakan pada produk.

Barut berherba



Barut yang mengandungi herba-herba terpilih digunakan untuk tujuan seperti berikut:-
1. Untuk ibu lepas bersalin. Barut ini bertindak untuk mengempiskan dan
mengembalikan bentuk badan yang asal.
2. Membantu mengecutkan saluran peranakan dan mengekalkan kewanitaan.
3. Memulihkan tenaga selepas bersalin.
4. Melancarkan perjalanan darah.
5. Mengeluarkan lemak berlebihan yang terdapat pada bahagian perut.

Harga :
Semenanjung : RM30
Sabah/Sarawak : RM35

Dedoran Halal



Harga bagi setiap produk ialah:

Semenanjung Malaysia: RM 8.00

Terdapat tiga jenis iaitu:

1. Radix Men (lelaki)

2. Centella Woman (wanita)

3. Centella Mild

Minuman Jus



KORDIAL ROSELLE
(S.M) RM 15.00
(S/S) RM 18.00

KORDIAL ASIATICA (PEGAGA)
(S.M) RM 15.00
(S/S) RM 18.00

KORDIAL KURMA MADU
(S.M) RM 15.00
(S/S) RM 18.00



EVERGREEN CENTELLA
(S.M) RM 55.00
(S/S) RM 60.00



MINUMAN ROSELLE (Ready To Drink)
(S.M) RM 2.00
(S/S) RM 2.40

Minuman bikarbonat



RADIX SARSI
(S.M) RM 3.50
(S/S) RM 3.80



RADIX KOLA
(S.M) RM 3.50
(S/S) RM 3.80

Air Mineral



AIR MINERAL HPA (600 ML)
(S.M) RM 1.30

AIR MINERAL HPA (1500 ML)
(S.M) RM 2.50

Minuman Kopi



KOPI PRA-CAMPURAN RADIX
(15 SACHET)
(S.M) RM 15.00
(S/S) RM 18.00

KOPI PRA-CAMPURAN RADIX
(32 SACHET)
(S.M) RM 30.00
(S/S) RM 36.00

KOPI PRA-CAMPURAN RADIX
(MEGA JUMBO 96 SACHET)
(S.M) RM 90.00
(S/S) RM 108.00



KOPI PRA-CAMPURAN RADIX
(PAPAN 20 SACHET)
(S.M) RM 15.00
(S/S) RM 18.00



KOPI 0 PRA-CAMPURAN RADIX
(PAPAN 20 SACHET)
(S.M) RM 15.00
(S/S) RM 18.00

Kerepek Raya

Buat masa ini,jualan kerepek hanya di Kolej Murni Nilai dan kawasan yang berdekatan.Belian secara 'byhand'.Tunai dan bawa.Bagi sesiapa yang berminat boleh dapatkan drpd Cik Siti Hajar Ali(012-7642605).She is one of the lecturer there.Kawan-kawan Cik Siti pun jomlah beli kerepek raya ni ye.

Ada 7 jenis kerepek.

1.Ubi pedas - 1 kg RM12

2.Ubi masin - 1 kg RM12

3.Pagoda - 500 gram RM8

4.Papadem - 700 gram RM10

5.Kacang Dal - 6 bungkus RM10

6.Kentang kari- 3 bungkus RM10


7.Otak-otak special(new) -RM4 sebungkus

Syarat dan polisi

1. BAZARCYBER4U akan sentiasa menjual barangan
dalam keadaan baik sebelum penghantaran.

2. Barangan akan diterima maksimum selama 3 hari.

3. Barangan yang dibeli tidak boleh dipulangkan,
wang tidak dikembalikan dan barangan tidak boleh ditukar.

4. Harga barang tidak termasuk bayaran pos.Bayaran pos ditanggung oleh pembeli.

5. Barangan akan dibungkus dengan baik sebelum penghantaran.

*****************************************************

1. BAZARCYBER4U will always selling product in a
good condition for your satisfaction before shipping the item.

2. Items may be reserved for a maximum period of 3 days.

3. Items bought are non-returnable, non-refundable & non-exchangeable.

4. Prices do not include postage. Buyers are to bear the shipping cost.

5. Items will be wrap up safely for shipment purpose.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails