CARIAN PANTAS

PENGHANTARAN

Harga yang ditawarkan adalah tidak termasuk kos penghantaran kecuali dinyatakan.

Pengiraan Kos Penghantaran Pos Laju Malaysia

Satu perkara yang selalu ditanyakan oleh pelanggan- pelanggan kami ialah bagaimana kiraan kos penghantaran dibuat. Kami menggunakan panduan yang diberikan oleh Pos Laju Malaysia di website www.poslaju.com.my

Jika anda lihat di dalam jadual cas penghantaran terdapat perbezaan ketara diantara bawah 2kg dan atas 2kg. Contoh jika di semenanjung Malaysia, anda membeli :

1. Tudung twist XL (7 helai x 0.26kg/helai = 1.82kG) : Kos pos ialah ((RM4.50 + (RM 1.00 X 6 Blok 250 Gram = RM6) = RM10.50))

Nilai ini perlu ditambahkan dengan 31% cukai so jumlah ialah RM10.50 + 31% = RM13.76 (Lihat jadual bawah 2kG)

TETAPI, katakan anda beli

2. Tudung Twist XL (8 Helai x 0.26kg/helai = 2.08kG), anda perlu lihat di jadual atas 2kG, so kos pos ialah

RM16 + RM2 = RM18, RM18 + 31% = RM23.58

Lihat hanya dengan perbezaan sehelai tudung, kos pos 7 Helai RM13.76 meningkat mendadak kepada RM23.58.

Ini kerana Pos Laju menggunakan sistem blok Bawah 2kG dan Atas 2kG yg mana permulaan cas bagi atas 2kG agak tinggi.

So cara bagaimana utk anda optimumkan kos pos? =)

1. Anda perlu bijak membuat pembelian bercampur2. Jika anda ingin membeli 8 Helai, campurkan dengan tudung2 yg lebih ringan contohnya size L & M

2. Jika anda membeli Eransa Chiffon sahaja, campurkan size nya dr size L ke Twist XL supaya jumlah berat berbaloi utk pembayaran anda.

Bagaimana kami membuat pengiraan Pos Laju di website?
Kami menggunakan modul yang kami bangunkan sendiri dengan platform sediada dr Opencart. Dan setiap tudung telahpun kami timbang dan dimasukkan di dalam berat bagi setiap jenis dan size.

Sekiranya cas penghantaran yang kami kenakan lebih rendah dari Pos Laju selalunya, itu adalah diskaun tambahan untuk anda =)

TETAPI jika cas penghantaran yang kami kenakan kepada anda lebih tinggi dari Pos Laju Malaysia, InsyaAllah lebihan duit anda kami sedekahkan ke dalam tabung- tabung masjid. semoga rezeki anda bertambah murah dan dilimpahi rahmat oleh Allah.

Untuk yang lain-lain,baju muslimah,pakaian kanak-kanak pun begitu juga.
Secara umumnya pembelian sehelai anggaran kos pos RM6 untuk Semenanjung.Sabah Sarawak RM9


Harap Maklum..





1 comment:

  1. assalamualaikum,
    nama sy, afy.
    saya na tanya. memang penghantaran melalui post sahaja ?
    contoh kalau kita nak membeli secara borong, perlu penghantaran melalui post shaja atau kita boleh pergi ambil sendiri ?

    terima kasih :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails